Darul Takzim menang tipis keatas T-Team

Astro Awani
Februari 17, 2013 06:59 MYT
Pasukan berstatus bintang, Darul Takzim FC turut meraih mata penuh dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team.
Beraksi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, anak buah Fandi Ahmad dilihat kurang menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri.
Jentera serangan yang diketuai oleh penyerang impot Daniel Guiza dilihat melepaskan beberapa peluang untuk mencipta jaringan.
Sehinggalah pada minit ke-31, Guiza berjaya memecah kebuntuan jaringan dengan meledak gol tunggal perlawanan.
Tersentak dengan jaringan itu, T-Team bangkit menggandakan asakan namun ketangkasan Mohd Zamir Selamat berjaya menafikan beberapa percubaan yang dicipta T-Team.
Babak kedua perlawanan berlangsung tanpa sebarang pertambahan jaringan.
Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.
#Daniel Guiza #Darul Takzim FC #Mohd Zamir Selamat #T-Team