Darul Takzim lega kalahkan PKNS

Astro Awani
Januari 24, 2013 07:08 MYT
Pengendali Darul Takzim FC, Fandi Ahmad tidak menafikan kemenangan menyakinkan 3-1 ke atas PKNS Selangor pada Selasa mereda sedikit tekanan yang dialami anak buahnya.
Jelas bekas penyerang Singapura itu, para pemain terpaksa melalui detik sukar untuk bangkit dan seterusnya mencapai keputusan positif.
Skuad yang digelar 'The Galacticos Malaysia' ini mula diberi tekanan susulan kekalahan mengejut kepada pendatang baru pahang, pada perlawanan pertama liga.
Ia disusuli dengan isu di luar padang membabitkan pihak atasan antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Isu yang berpanjangan itu memberi kesan kepada pemain apabila mereka tidak konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Bagaimanapun, ia sedikit terubat dengan kejayaan di shah alam sekaligus bakal menyuntik semangat untuk aksi seterusnya nanti.
#Darul Takzim FC #Fandi ahmad #Kelantan