Darul Takzim FC ke separuh akhir Piala FA

Astro Awani
April 17, 2013 00:32 MYT
Dalam aksi suku akhir kedua Piala FA, Johor Darul Takzim, (DT) berjaya ke separuh akhir selepas menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti di Stadium Shah Alam.
DT menewaskan Selangor 2-1 selepas tamat 120 minit permainan, untuk mengikat agregat tiga sama dimana perlawanan berlanjutan hingga ke sepakan penalti.
Skuad DT turun dengan formasi 4-4-1-1 dengan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang tunggal.
Formasi ini tampak menyukarkan pelawat, menembusi pertahanan lawan yang dikemudi dengan baik oleh kapten Selangor, Asraruddin Putra Omar.
Ikuti aksi-aksi menarik perlawanan tersebut dalam video yang telah disediakan.
#Darul Takzim FC #Piala FA #Selangor #stadium shah alam