Daren muncul juara terbuka Perancis
Bernama
Oktober 29, 2012 09:29 MYT
Oktober 29, 2012 09:29 MYT
Pemain nombor dua negara Liew Daren mencapai kejayaan sulung dalam siri super selepas menjuarai Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Perancis 2012 di Paris, malam ini.
Pemain ranking ke-24 dunia itu memaparkan persembahan cemerlang untuk menundukkan pemain Denmark berusia 18 tahun Viktor Axelsen 21-18, 21-17 dalam masa 42 minit.
Terdahulu itu, Daren mengejutkan pemain nombor sembilan dunia, Sho Sasaki dari Jepun di suku akhir sebelum mengalahkan seorang lagi pemain Denmark berusia 18 tahun, Jan O Jorgensen di separuh akhir.