Dana RM15 juta MOM disyaki punca ugutan bunuh

Astro Arena
Ogos 1, 2015 20:00 MYT
SIEH: mungkin ada orang berharap mahu menggunakannya atau apa saya tidak tahu. - Gambar Fail
Mungkinkah dana yang dimiliki Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berjumlah RM15 juta mendorong kepada ugutan bunuh yang diterima Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim?
Dalam laporan semalam, Karim mendakwa beliau menerima sebutir peluru yang dipercayai bertujuan mengugut beliau supaya meletak jawatan sebagai Presiden KOM dan tidak bertanding dalam Mesyuarat Agung MOM untuk merebut jawatan naib presiden, 22 Ogos ini.
Pegawai MOM melihat insiden itu seperti ada pihak yang cuba mengidam kantung badan induk itu.
"MOM boleh dikatakan mempunyai dana simpanan lebih daripada RM15 juta, mungkin ada orang berharap mahu menggunakannya atau apa saya tidak tahu.
"Tapi saya hari ia tidak mempunyai hubungan dengan bertanding merebut jawatan," tegas Setiausaha MOM, Sieh Kok Chi.
Selain Karim, beberapa individu turut berminat dengan jawatan MOM itu.
Sementara Chef de Mission Sukan SEA, Datuk Norza Zakaria sudah dicadangkan oleh beberapa persatuan untuk merebut jawatan timbalan presiden.
Selain itu bekas Timbalan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Nur Azmi Ahmad juga bersedia bertanding naib presiden dalam lima kerusi yang ditawarkan.
#karim ibrahim #Majlis Olimpik Malaysia #MOM #Sieh Kok Chi
;