D'Herbs bakal salur RM30 juta buat skuad Lang Merah

Astro Arena
Mac 31, 2016 18:34 MYT
Tajaan daripada D'Herbs Holdings untuk KFA itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu RM10 juta setiap tahun. - Foto Astro AWANI
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) bakal menerima tajaan sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun oleh syarikat produk kecantikan D'Herbs Holdings.
Ia semuanya bergantung jika perbincangan antara dua pihak berjalan lancar.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memberitahu tajaan itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu RM10 juta setiap tahun.
"Kita sudah hampir capai persetujuan, pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman akan bertemu dengan Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Jumaat," kata Datuk Aminuddin Omar, Setiausaha Kehormat KFA.
Tajaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada pasukan bola sepak Kedah untuk berusaha meraiah kejayaan musim ini.
Menjelang aksi suku akhir Piala FA Kedah dan Sabah di Stadium Darul Aman malam esok, Aminuddin berharap sokongan padu dapat diberikan kepada para pemain dalam misi menjulang Piala FA musim ini.
Kedah, juara Piala FA tiga kali pada 1996, 2007 dan 2008, menang 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di gelanggang lawan.
#Aliff Syukri #d'herbs holdings #KAFA #persatuan bola sepak kedah #tajaan skuad Lang Merah
;