Culik: Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan

Sinar Harian
Oktober 29, 2023 03:55 MYT
Ibu Luis Diaz sebelum ini diculik di utara Colombia. - Gambar/ X Luis Diaz
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
Pejabat peguam negara Colombia sebelum ini berkata bahawa mereka mengumpulkan pasukan penyiasat untuk mencari pasangan itu di Barrancas, sebuah perbandaran di wilayah La Guajira di utara Colombia.
Polis Negara mengesahkan telah menyelamatkan ibu Diaz, Cilenis Marulanda dan dia kini berada bersama Pengarah, William Rene Salamanca.
Kelab Liga Perdana Liverpool menandatangani Diaz dengan harga tinggi mencecah jutaan dolar pada pada Januari 2022. - Sinar Harian
#Luis Diaz #Gustavo Petro #ibu Luis Diaz #culik