CSGO: Jangan main-main dengan 'cakaran' Sphynx

Mariah Ahmad
Oktober 8, 2018 15:00 MYT
DARI KIRI: Sphynx terdiri daripada Aisya Sabrina Sabri (Argent), Shanice Choo Xin Ru (Alaska), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism), Iffah Nazurah Saidi (3ve) dan Ramona Azween (GFi#). - Foto Facebook / Ramona Azween
Pasukan Counter Strike Global Offensive (CSGO) Sphynx terus mempamerkan siapa ‘ratu’ sebenar dalam arena e-sukan tempatan selepas merangkul satu lagi gelaran kejuaraan pada Ahad.
Sphynx yang dilihat beraksi dengan baik dalam Kejohanan E-sukan Wanita Asia (FEAR) Kelayakan Malaysia semalam, mengungguli tempat teratas dengan rekod tanpa kalah dalam pusingan round robin.
Menerusi kemenangan tersebut, Sphynx terus dipilih sebagai wakil Malaysia untuk ke Grand Final FEAR Asia Tenggara pada bulan depan.
BACA: FEAR cabar gadis 'gamer' tunjuk skil, lebih berani
Sementara itu, kapten pasukan Sphynx Ramona Azween berkata kemenangan yang diraih itu tidak sepatutnya menjadikan Spynx dalam keadaan yang selesa.
CSGO: Sphynx juara Fear kelayakan Malaysia
“Jika kami dilihat sebagai salah satu pasukan terbaik di Malaysia, seharusnya ia perlu diambil kira sebagai satu penghormatan dan kami perlu mengekalkan standard itu.
“Setiap perlawanan yang kami sertai dalam mana-mana kejohanan pun, ia dianggap sebagai satu proses untuk meningkatkan kemampuan diri untuk menjadi lebih baik.
“Contohnya, apabila kami ketinggalan 7-1 dengan MercenariesX pada perlawanan semalam, kami perlu melihat dengan lebih teliti kelemahan yang ada dan bagaimana akhirnya kami berjaya bangkit dan menang menentang mereka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Sphynx juara WESG Kelayakan Malaysia
Selain Ramona yang menggunakan nama samaran GFi# dalam arena e-sukan, Sphynx disertai bersama pemain-pemain muda yang berbakat besar termasuk Aisya Sabrina Sabri (Argent), Iffah Nazurah Saidi (3ve), Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism) dan Shanice Choo Xin Ru (Alaska) dalam kejohanan tersebut.
Sphnyx bakal disertai MercenariesX, Hela Squad (Thailand), Unikats (Brunei), ArkAngel (Filipina), Felis Catu (Vietnam), Asterisk (Singapura) & Female Fighter (Indonesia) dalam Grand Final itu nanti, yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM10,000.
#3ve #Aisya Sabrina Sabri #Alaska #Argent #csgo #csgo asia #esports #fear #female esports asia roundup #Iffah Nazurah Saidi #Jasmine Christina Sim Huiyan #Jazminism #Kejohanan E-sukan Wanita Asia #ramona azween #Shanice Choo Xin Ru #Sphynx
;