Cristiano Ronaldo raih Anugerah Ballon d'Or buat kali keempat
Astro Arena
Disember 13, 2016 08:58 MYT
Disember 13, 2016 08:58 MYT
PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or 2016 buat kali keempat sepanjang kariernya.
Penerbitan Bola Sepak Perancis kehormat telah memilih pemain berusia 31 tahun itu sebagai pemenang awal pagi tadi, mengetepikan pesaing terdekat, Lionel Messi dari Barcelona.
Musim yang berjaya buat Ronaldo bermula dengan kejayaan bersama Los Blancos menjulang Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kedua serta menamatkan kemarau kejuaraan di pentas antarabangsa bersama Portugal, ketika memenangi Euro 2016.
Bekas pemain Sporting CP memenangi Ballon d'Or buat pertama kali ketika bersama Manchester United pada 2008, sebelum meraih gelaran itu dua kali ketika bersama Real pada tahun 2013 dan 2014.
Bagaimanapun, Ronaldo masih lagi mengekori Messi yang telah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali.