Cristiano Ronaldo, Gareth Bale kembali jalani latihan

Astro Arena
September 20, 2016 08:41 MYT
Ronaldo sebelum ini direhatkan kerana mengalami demam selesema. - Gambar fail
Tonggak utama Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale kembali menjalani latihan setelah terlepas aksi LaLiga ketika menewaskan Espanyol 2-0.
Ronaldo dan Bale tidak terlibat ketika Real menyamai rekod kemenangan berturut-turut sebanyak 16 perlawanan yang dicipta oleh Barcelona pada musim 2010-11.
Ronaldo, yang kembali bersama beraksi bersama pasukan ketika menewaskan Osasuna 5-2 direhatkan kerana mengalami demam selesema.
Kecederaan pinggul yang dialami Bale ketika berdepan Sporting CP dalam aksi Liga Juara-Juara.
Pemain kebangsaan Wales itu mengalami kecederaan tersebut di separuh masa pertama, namun meneruskan permainan sebelum digantikan pada minit ke-67.
Gandingan berbisa itu dilihat akan membuat penampilan pada perlawanan berdepan Villareal di Santiago Bernabeu, dengan jurulatih Zinedine Zidane minggu lalu melahirkan hasratnya untuk melakukan pertukaran di dalam kesebelasan utama pasukan.
#berita bola sepak #Cristiano Ronaldo #Gareth Bale #La Liga #Real Madrid
;