Cristiano Ronaldo diangkat sebagai Raja Media Sosial

Astro Arena
Disember 23, 2016 11:46 MYT
Ronaldo menganggap tahun 2016 adalah tahun paling gemilang dalam kariernya. - Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo menambah satu lagi pengiktirafan untuk mengiringi kejayaannya sepanjang tahun ini bersama kelab mahupun negara.
Pemain berusia 31 tahun itu memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala Kelab Dunia bersama Real Madrid dan menamatkan penantian Portugal untuk menjulang trofi utama dengan membantu mereka meraih gelaran Euro 2016.
Ia bagaikan masih belum mencukupi, Ronaldo turut menakluk dunia media sosial -- setidak-tidaknya berbanding atlet berprofil tinggi yang lain.
Dikalangan atlet di seluruh dunia, tiga status yang dimuat naik bekas pemain Manchester United itu di Facebook dan lima di Instagram menjadi tumpuan utama, menurut aplikasi analisis sosial yang dijanakan oleh CrowdTangle.
Statusnya yang paling popular berjaya menarik perhatian seramai 34 juta pengguna media sosial.
Perkongsian gambarnya yang memegang trofi Euro 2016, adegannya meraikan hari jadi bersama anaknya serta meraikan kejayaan skuad Portugal di dalam kapal terbang telah berjaya membina interaksi di kalangan 7.4 juta pengguna media sosial.
Gambarnya termasuk ketika mempamerkan kereta baru, pasukan Portugal berada di podium dan pertemuan dengan pelakon, Jason Statham, adalah status paling berjayanya di Instagram.
Ronaldo menganggap tahun 2016 adalah tahun paling gemilang dalam kariernya.
Status Twitter paling menarik jatuh kepada atlet gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles, manakala pengumuman Zlatan Ibrahimovic ke Manchester United adalah berita paling menggemparkan dalam bola sepak apabila menarik perhatian seramai 486,000 pengguna media sosial.
Status itu diukur menerusi jumlah interaksi yang diterima mereka.
#berita bola sepak #Cristiano Ronaldo #Euro 2016 #pemain bola sepak #Portugal #Real Madrid
;