Cristiano Ronaldo benar-benar meratap, terbaring selepas Al-Nassr tewas penentuan penalti

Astro Arena
Jun 1, 2024 04:30 MYT
Ketika barisan pemain Al-Hilal meraikan kemenangan mereka Ronaldo kelihatan terbaring di tengah padang dan meratapi kekalahan itu. - Stadium Astro
CRISTIANO RONALDO kelihatan terbaring dengan penuh ratapan selepas Al-Nassr tewas kepada Al-Hilal dalam final Piala Arab Saudi di Bandar Sukan King Abdullah awal pagi tadi.
Al-Nassr terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menyamakan kedudukan pada dua minit terakhir.
Terdapat tiga layangan kad merah sepanjang perlawanan itu sebelum ia terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan kebuntuan gol sepanjang masa tambahan.
Ronaldo menjaringkan penalti kedua pasukannya tetapi bekas bintang Manchester United, Alex Telles, gagal menggegarkan jaring dalam sepakan pertama.
Dua pengambil sepakan terakhir Al-Nassr turut gagal menemui sasaran, sekali gus memastikan kemenangan Al-Hilal.
Barisan pemain Al-Hilal kemudian meraikan kemenangan mereka sambil Ronaldo kelihatan terbaring di tengah padang dan meratapi kekalahan itu.
Dia kemudian kelihatan menutup mukanya sambil ditenangkan pemain dan staf kejurulatihan AL-Nassr.
Ronaldo selepas itu kelihatan dapat duduk dengan bantuan rakan sepasukannya tetapi dia terus meratapi kekalahan itu, yang menggambarkan satu lagi malam sukar buat legenda bola sepak dunia berkenaan.
Terdahulu, bekas bintang Fulham, Aleksandar Mitrovic, meletakkan Al-Hilal di depan menerusi tandukannya seawal minit ketujuh sebelum Ayman Yahya menjaringkan gol penyamaan Al-Nassr pada minit ke-88.

| Cristiano Ronaldo was in tears after Al Nassr lost in the King Cup final. pic.twitter.com/b8IklanWaN

— CentreGoals. (@centregoals) May 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Cristiano Ronaldo #Al-Nassr #Al-Hilal #final Piala Arab Saudi