Cristiano Ronaldo atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes

Astro Awani
Mei 3, 2023 09:30 MYT
Cristiano Ronaldo menjadi atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes, selepas perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr.
CRISTIANO Ronaldo menjadi atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes, selepas perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr.
Beliau menerima gaji tahunan dua kali ganda berbanding kelab sebelum ini.
Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United, menerima AS$136 juta tahun lalu.
Ketika beraksi di United, Ronaldo menerima sekitar AS$75 juta. Kontrak Ronaldo dianggarkan bernilai lebih AS$219 juta.
Sementara itu, duo kelab Paris St Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di tangga kedua dan ketiga, senarai atlet terima bayaran tertinggi Forbes.
Messi, menerima AS$130 juta setahun sementara Mbappe dibayar AS$120 juta setahun.
Atlet lain dalam senarai Forbes termasuk pemain Los Angeles Lakers Le Bron James dengan bayaran AS$119.5 juta.
Pendapatan tahunan Forbes dikira daripada hadiah kemenangan, gaji dan bonus yang diterima atlet dalam tempoh 12 bulan.
#Cristiano Ronaldo #bola sepak #Forbes #gaji tertinggi
;