Cristiano Ronaldo akui lebih gemar tonton UFC, tinju berbanding bola sepak

Astro Awani
Disember 16, 2020 22:30 MYT
Cristiano Ronaldo (kiri) berlatih tinju bersama petinju Khazakhstan, Gennadiy Golovkin. - Gambar Instagram/@cristiano
BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui lebih gemar menonton perlawanan tinju dan seni bela diri campuran (MMA) berbanding sukan yang dimainkannya.
Penyerang Juventus itu mendedahkan, jika menonton sukan di kaca televisyen, dia akan memilih sukan tempur meskipun minatnya adalah bola sepak.
“Bermain bola sepak adalah minat saya, tetapi saya lebih suka menonton sukan lain di TV.
“(Jika dipilih) Antara perlawanan bola sepak atau tinju atau pertarungan UFC, saya pilih tinju atau UFC,” katanya dalam temu bual dokumentari DAZN bertajuk 'Parallel Worlds’.
Ronaldo, 35, merupakan antara pemain bola sepak terbaik dunia dan pernah menyumbang khidmat di kelab-kelab terkemuka seperti Manchester United dan Real Madrid, sebelum menyertai Juventus pada 2018.
Dia juga pernah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali.
#Cristiano Ronaldo #Bintang bola sepak #UFC #MMA #tinju #Juventus #DAZN
;