Cristiano Ronaldo: 14 kasut emas di usia 39 tahun
Astro Arena
Mei 30, 2024 13:30 MYT
Mei 30, 2024 13:30 MYT
PEMAIN terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, sudah memenangi 14 gelaran penjaring terbanyak dalam enam kejohanan berbeza sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Pemain berusia 39 tahun itu masih mampu membantu pasukan yang diwakilinya meledak jaringan bagi menambah koleksi peribadinya selain kekal menjadi antara pemain terbaik dunia.
Pemenang kasut emas itu telah merekodkan jaringan tertinggi dalam lima pasukan berbeza dalam tempoh lebih daripada 18 tahun.
Penyerang kelahiran Portugal itu mencipta sensasi di bumi Sepanyol apabila merangkul anugerah tersebut sebanyak tiga kali bersama Real Madrid sebelum berkelana ke kelab Itali, Juventus, untuk mengekalkan rekod tersebut.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, dia tetap mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bermain untuk Manchester United demi rekod tersendiri.
Terbaharu, Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah setelah merekodkan jaringan paling banyak dalam satu musim dalam Liga Pro Saudi menewaskan pemain kelahiran Maghribi, Abderrazak Hamdallah, dengan catatan tertinggi 35 gol.
Selain memenangi piala Liga Juara-juara Eropah (UCL) bersama Los Blancos, pemain yang mesra dipanggil CR7 itu juga berhasil merangkul anugerah itu dengan jumlah tujuh kasut emas dihadapan pemain ternama, Lionel Messi.
Tidak ketinggalan, Ronaldo juga mencetak nama sebagai penjaring terbanyak ketika kejohanan Euro 2020.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro