COVID-19: Perlawanan Arsenal - City ditangguh, pemain dikuarantin 14 hari

Astro Awani
Mac 11, 2020 02:18 MYT
Evangelos Marinakis (gambar) positif jangkitan COVID-19. -Foto Reuters
PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Manchester City pada pagi Khamis di Stadium Emirates telah ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19.
Ia susulan pemilik kelab Olympiakos, Evangelos Marinakis yang positif jangkitan virus tersebut dilapor bertemu beberapa pemain dan kakitangan Arsenal 13 hari lepas pada pertembungan di Liga Eropah.
Pemain akan dikuarantin di rumah mereka sehingga tempoh 14 hari tamat.
Empat kakitangan Arsenal yang duduk berdekatan Marinakis pada perlawanan itu juga dikuarantin di rumah sehingga tempoh 14 hari selesai.
Atas nasihat perubatan, Persatuan Liga Perdana Inggeris bersetuju bahawa perlawanan ini akan dijadualkan semula.
#Arsenal #berkurung #COVID-19 #dikuarantin #Evangelos Marinakis #isolasi #koronavirus #Manchester City #Olympiakos #Persatuan Liga Perdana Inggeris