COVID-19: Menteri Sukan Itali gesa Serie A dihentikan sementara

Agensi
Mac 8, 2020 22:34 MYT
Vincenzo minta Liga Serie A dihentikan sementara. - Gambar Unicef
MENTERI Sukan Itali, Vincenzo Spadafora meminta persatuan bola sepak negara itu mempertimbangkan untuk menghentikan sementara Liga Serie A susulan penularan wabak COVID-19.
Setakat ini Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) memaklumkan semua perlawanan Serie A akan dijalankan tanpa penonton, sambil menambah mana-mana perlawanan akan dihentikan sekiranya ada pemain diuji positif virus itu.
Dalam satu catatan di akaun Facebook, Spadafora berkata tidak masuk akal untuk meletakkan pemain, pengadil dan peminat dalam risiko ketika pihak berkuasa meminta orang ramai mengorbankan aktiviti harian mereka demi membendung penyebaran wabak tersebut.
Itali kini dilaporkan berdepan penularan wabak koronavirus COVID-19 paling besar di luar benua Asia.
Lebih 4,600 warganya sudah dijangkiti dan angka kematian sudah melebihi 200 orang.
BACA: Pemimpin politik Itali positif COVID-19
BACA: Kematian akibat COVID-19 di Itali hampir cecah 200, jalanan Rom bertukar sepi
#bola sepak #COVID-19 #eropah #Itali #Vincenzo Spadafora
;