COVID-19: McGregor sumbang RM4.78 juta untuk kelengkapan hospital

Astro Arena
Mac 26, 2020 12:29 MYT
MCGREGOR: Hancur hati saya melihat apa yang berlaku di Ireland serta di seluruh dunia. - Astro ARENA
CONOR McGregor berkata dia memberikan sumbangan bernilai EUR1 juta (RM4.78 juta) untuk segala kelengkapan hospital di Ireland dalam usaha menangani koronavirus.
Bintang UFC, Mcgregor, menggesa agar proses darurat dilakukan dalam usaha untuk mengatasi wabak yang menular ke seluruh dunia itu, di mana ia telah meragut lebih 20,000 nyawa.
McGregor memberitahu pihak Donohue memberi maklum balas kepadanya menerusi pesanan dalam Twitter, menggesa atlet itu memberikan pandangan mengenai cara untuk mengukuhkan pengasingan pergaulan dan dia mendedahkan mesej yang dibalas.
Dalam perbualan peribadi yang didedahkan kepada umum, McGregor berkata: "Hari ini, saya menyumbangkan RM4.78 juta untuk kelengkapan perlindungan yang akan diagihkan kepada semua hospital di Leinster.
"Kawasan yang paling teruk terkesan ketika ini adalah St James, Mater, Tallaght, Beaumont dan Vincent's. Saya tidak pasti bagaimana keadaan kami tanpa keberanian mereka."
Bagaimanapun, McGregor berharap pihak kerajaan Ireland akan mengerah lebih ramai badan beruniform untuk berkawal ketika darurat.
"Kami perlukan lebih banyak unit di jalanan untuk menjayakan darurat ini," tambahnya.
"Ia terlalu lemah! Semalam, saya lihat ia telah ditambah. Saya gembira untuk mendengar dan melihat keberkesanannya.
"Untuk melihat apa yang berlaku di Ireland serta seluruh dunia adalah sesuatu yang menghancurkan hati saya."
#Conor McGregor #COVID-19 #Hospital #Ireland #kelengkapan #kematian #koronavirus #pengasingan #perlindungan #sumbangan #wabak
;