COVID-19: Liga Rusia disambung semula
Astro Awani
Jun 20, 2020 07:30 MYT
Jun 20, 2020 07:30 MYT
LIGA Perdana Rusia disambung semula hujung minggu ini setelah mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa bola sepak negara itu berikutan penurunan jumlah kes baharu COVID-19.
Pada sabtu, CSKA Moscow menentang Zenit St Petersburg di Veb Arena di ibu negara.
Hanya 2,000 penonton dibenarkan dalam stadium itu berdasarkan had yang ditetapkan oleh liga dan pihak berkuasa kesihatan Rusia yang hanya membenarkan kapasiti maksimum 10 peratus di stadium.
1,000 individu lagi di stadium adalah daripada pasukan keselamatan.
Rata-rata peminat menyatakan kegembiraan kerana akhirnya bola sepak kembali ke Rusia setelah beberapa bulan berehat.
Pihak pengurusan stadium mewajibkan setiap penonton untuk membuat penjarakan 1.5 meter antara satu sama lain selain memakai topeng muka dan sarung tangan semasa berada di stadium.
Perlawanan pada Sabtu berakhir dengan kemenangan 4-0 untuk pasukan pelawat, Zenit kekal di tangga teratas.
Rusia mencatat 7,889 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 576 ribu kes dan kekal negara ketiga di dunia paling teruk terjejas dengan 576,952 kes.