COVID-19: Juventus umum Matuidi sah positif

Astro Arena
Mac 18, 2020 12:12 MYT
Matuidi menawarkan diri untuk membuat pengasingan sendirian sejak 11 Mac lalu. - Astro ARENA
JUVENTUS mengesahkan pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi, telah positif ketika ujian COVID-19.
Matuidi menjadi pemain kedua Juve yang dijangkiti virus itu selepas Daniel Rugani muncul kes pertama, Rabu lalu.
Seperti Rugani, Matuidi didapati positif walaupun pemain itu tidak menunjukkan sebarang simptom, namun dia telah pun diasingkan sejak rakan sepasukannya itu diperiksa.
"Matuidi telah menjalani ujian kesihatan yang mendedahkan dia positif terhadap wabak corovirus," kata wakil Juve.
"Pemain itu telah menawarkan diri untuk membuat pengasingan sendirian sejak 11 Mac lalu. Dia akan terus dipantau sambil mengikuti setiap arahan. Dia juga dalam keadaan baik."
Saingan bola sepak di Itali ditangguhkan sehingga 3 April depan tetapi Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina telah menyatakan bahawa tidak realistik untuk menjangkakan semua saingan disambung bulan depan.
Euro 2020 pula dijadualkan dimulakan di Rome, Itali pada 12 Jun depan tetapi semalam, UEFA mengumumkan penangguhan sehingga Jun 2021.
Tiada negara selain China yang teruk dilanda wabak itu.
COVID-19 disahkan sebagai satu wabak pada minggu lalu dan telah menjangkiti 196,000 orang di seluruh dunia tatkala 32,000 rekod didapati di Itali dan 2,503 kematian berlaku.
#Blaise Matuidi #bola sepak #China #COVID-19 #Daniel Rugani #Euro 2020 #isolasi #Itali #Juventus #kesihatan #koronavirus #pemain tengah #pengasingan #Perancis #virus
;