COVID-19: Everton mohon maklumat penuh penangguhan aksi dengan Man City
Astro Arena
Disember 29, 2020 12:46 MYT
Disember 29, 2020 12:46 MYT
EVERTON telah meminta pendedahan penuh mengenai semua maklumat yang dikemukakan oleh Manchester City ke Liga Perdana setelah perlawanan di antara kedua-dua pasukan ditangguhkan.
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan empat jam sebelum perlawana yang dijadualkan berlangsung tidak diteruskan ekoran penularan koronavirus di kem City.
Gabriel Jesus, Kyle Walker dan dua lagi staf pasukan telah diuji positif COVID-19, tetapi aksi City bertemu Newcastle United masih lagi diteruskan.
Bagaimanapun, City telah memohon perlawanan dengan Everton dijadual semula berikutan peningkatan ujian positif COVID-19 diterima.
Lembaga Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk menjadualkan semula permainan sebagai langkah berjaga-jaga, dengan mengatakan kesihatan pemain dan kakitangan diutamakan.
Tetapi Everton, salah satu dari dua kelab bersama dengan saingan Merseyside, Liverpool yang dapat menyambut penonton kembali ke stadium, mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengapa perlawanan itu dibatalkan.
Kenyataan kelab dibaca:
"Persatuan Bolasepak Everton menyesali dengan penangguhan perlawanan menentang Manchester City -- bukan hanya untuk 2,000 peminat yang akan hadir, tetapi untuk penyokong di Merseyside dan di seluruh dunia.
"Pemain kami bersiap untuk perlawanan tersebut. Aksi yang penting penting dalam jadual kami.
"Walaupun Everton mengutamakan keselamatan umum, kami akan meminta maklumat penuh semua informasi yang diberikan oleh Manchester City kepada Liga Perdana supaya kelab dapat menjelaskan mengapa keputusan ini diambil."
#Liverpool
#EPL
#Manchester City
#COVID-19
#keselamatan
#Liga Perdana Inggeris
#kesihatan
#Everton
#tangguh
#kes positif