COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan

Astro Arena
Januari 16, 2021 13:25 MYT
Pemain Sepanyol Rafael Nadal (tengah) ketika tiba di Lapangan Terbang Adelaide bagi menyertai Terbuka Australia, 14 Jan, 2021. (Foto AP)
SEKUMPULAN pemain dan kakitangan Terbuka Australia diarah supaya dikuarantin selama dua minggu selepas dua individu dalam penerbangan mereka ke Melbourne diuji positif COVID-19.
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.
Dalam satu kes penerbangan dari Los Angeles yang mendarat semalam, dua kes positif dikesan sebelum dua pemain, Pablo Cuevas dan Santiago Gonzalez, tampil berkongsi sepucuk yang menyatakan: "Malangnya, kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa kesihatan bahawa dua orang dalam penerbangan QR7493 kami dari LAX yang tiba pada jam 5.15 pagi semalam dikesan positif COVID-19 melalui kaedah 'PCR' sejurus tiba di Melbourne."
"Ketua pegawai kesihatan telah memeriksa penerbangan itu lalu memutuskan bahawa setiap orang yang berada di dalam pesawat berkenaan perlu menjalani kuarantin dan akan dikurung di bilik mereka selama 14 hari."

The world's best tennis players are arriving, ready to fight for the first Grand Slam title of 2021. Before the battle can begin they must quarantine for 14 days, take daily COVID-19 tests, physically distance, and practice & train under strictly controlled COVIDSafe conditions. pic.twitter.com/XrJDmc9vCi

— #AusOpen (@AustralianOpen) January 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua ujian positif itu dilaporkan terdiri daripada anak kapal dan penumpang lain, bukannya pemain.
Pemain akan dibenarkan berlatih selama lima jam sehari, namun mereka yang berada dalam penerbangan itu perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selama dua minggu.
Wilayah Victoria pada hari ini mencatatkan hari ke-10 berturut-turut tanpa kes baru dalam kalangan tempatan.
#Melbourne #pesawat #kes positif #COVID-19 #Australia #SOP #Grand Slam #penerbangan #kesihatan #operasi #Terbuka Australia #tenis #tennis #kuarantin #Victoria
;