COVID-19: Bayern Munich tutup pintu stadium kepada penyokong

Astro Arena
Disember 4, 2021 10:51 MYT
Bayern akan menentang Barcelona dalam perlawanan terakhir Kumpulan E UCL, Khamis depan, tanpa penyokong. - Foto Astro ARENA
BAYERN Munich bakal mengharungi baki perlawanan di tempat sendiri tahun ini secara tertutup berikutan peningkatan peningkatan COVID-19 di Bavaria.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Bavaria, Markus Soder, mendedahkan bahawa peminat dilarang daripada menghadiri perlawanan demi masa depan.
Semalam, Kerajaan Bavaria meluluskan peningkatan langkah membendung penularan pandemik itu, termasuk larangan ke atas penonton termasuk acara sukan hingga akhir tahun ini.
Bayern akan menentang Barcelona dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Liga Juara-Juara (UCL), Khamis depan, tanpa penyokong.
Pendahulu Bundesliga itu, yang sudah pun menjamin tempat dalam pusingan 16 saingan kelab utama Eropah berkenaan, kemudian akan menentang Mainz pada 11 Disember dan Wolfsburg, enam hari kemudian secara tertutup sebelum rehat pertengahan musim ini.
BACA: COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat
Naib pengerusi Bayern, Jan-Christian Dreesen, pula berkata: "Adalah satu tamparan hebat untuk sekali lagi beraksi di hadapan penonton kosong di Allianz Arena.
“Bola sepak hanya separuh bagus tanpa peminat kami di stadium, apatah lagi ia memberi kesan kewangan.
"Sudah tentu kami perlui akur dengan keputusan ini walaupun kami telah melakukan segala yang termampu untuk kesihatan pelawat kami di Arena Allianz dengan peraturan '2G+' dan konsep kebersihan yang diamalkan kami."
Augsburg dan Greuther Furth turut terjejas sementara langkah serupa telah diperkenalkan di negeri jiran seperti Baden-Wurttemberg sementara Freiburg, Stuttgart dan Hoffenheim menyaksikan kapasiti dikurangkan kepada 750 penonton sahaja.
#Bayern Munich #COVID-19 #tiada penyokong #pandemik
;