COVID-19: Aksi Super Lig ditangguhkan

Astro Arena
Mac 20, 2020 04:43 MYT
Perlawanan Super Lig Turki antara Antalyaspor dan Sivasspor di Antalya, Turki, 16 Mac, 2020. (Foto AP)
SAINGAN Super Lig Turki telah ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian susulan wabak coronavirus.
Kebanyakan saingan di Eropah telah ditunda tetapi pihak penganjur liga di Turki meneruskan aksi minggu ini dalam stadium tertutup.
Semalam, badan pemain dunia FIFPro menggesa agar saingan di Turki dihentikan memandangkan wabak COVID-19 kian merebak.
Persekutuan Bolasepak Turki (TFF) kemudian mengesahkan empat saingan liga profesional dalam negara itu kini ditangguhkan.
Lima liga tertinggi Eropah di England, Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis serta Liga Juara-Juara Eropah merupakan antara kejohanan yang dihentikan akibat wabak itu.
Euro 2020 dan Copa America juga diubah kepada tahun depan untuk memudahkan setiap kelab menamatkan saingan 2019-20.
Terdapat 192 kes disahkan di Turki dan tiga daripadanya telah meninggal dunia.
#bola sepak #Copa America #COVID-19 #eropah #Euro 2020 #FIFPro #koronavirus #meninggal dunia #Persekutuan Bolasepak Turki #Super Lig #Turki #wabak