Costa, Navas cetus kelegaan
Astro Arena
Mei 31, 2014 10:35 MYT
Mei 31, 2014 10:35 MYT
Penyerang Atletico Madrid, Costa yang dilanda kecederaan hamstring menjadi tajuk kegusaran utama beberapa minggu kebelakangan ini buat penyandang juara dunia dan Eropah itu.
Selepas sehari menyatakan kebimbangannya terhadap Costa, jurulatih Sepanyol Vincente del Bosque optimis mengenainya peluang pemain berusia 25 tahun itu untuk tampil di Brazil.
Pemain sayap Manchester City, Navas juga pulih dengan baik akibat masalah pergelangan kaki, dan akan turun dalam pertemuan perlawanan ujian dengan Bolivia.
"Mereka nampak bagus (Costa dan Navas)," kata Del Bosque.
"Mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan dan keputusan akan dibuat pagi Sabtu nanti."