Corat-coret F1 Grand Prix Malaysia Petronas

Bernama
Mac 29, 2014 08:00 MYT
Berikut corat-coret Formula Satu Grand Prix Malaysia Petronas 2014:
Pasukan Scuderia Ferrari luah simpati tragedi MH370
Pemandu Scuderia Ferrari, Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen bersama-sama rakan sepasukan, turun menjalani sesi latihan bebas pada Jumaat dengan memakai topi keledar yang dilekat dua pelekat.
Satu pelekat memaparkan mesej dalam bahasa Inggeris "Pray for MH370" dan satu lagi dalam bahasa Melayu "Doa Untuk MH370".
Pada Ahad ini penganjur akan mengadakan tafakur selama seminit untuk memperingati mereka yang hilang bersama-sama penerbangan MH370, sebelum perlumbaan berlangsung.
Vergne dan Kvyat lakukan 36 pusingan keseluruhan
Di kem Toro Rosso, pemandu Jean-Eric Vergne and Daniil Kvyat melakukan keseluruhan 36 pusingan, iaitu 15 pusingan oleh Vergne, pemandu dari Perancis dan 21 lagi oleh Kvyat dari Rusia.
Kedua-dua pemandu menamatkan program singkat mereka pada pagi Jumaat tanpa masalah besar dan hanya menggunakan tayar Pirelli 'hard compound'.
Kedua-duanya juga gembira dengan prestasi jentera masing-masing. Vergne mencatat masa keenam terpantas manakala Kvyat ke-14.
Raikonnen di tempat kedua, Alonso kelima ketika sesi latihan kedua
Pemandu Scuderia Ferrari Kimi Raikkonen sekali lagi mencatat masa kedua terpantas dalam sesi latihan kedua Grand Prix Malaysia Petronas.
Pemandu dari Finland itu mencatat 1.39.944s iaitu cuma berbeza 0.035s berbanding masa yang dicatat pemandu terpantas daripada pasukan Mercedes, Nico Rosberg, 1.39.909s.
Rakan sepasukan Raikkonen, Fernando Alonso pula mencatat masa kelima terpantas dengan 1.40.103s.
Raikkonen dan Alonso masing-masing melakukan 30 dand 29 pusingan.
#F1 #Fernando Alonso #Formula Satu #Kimi Raikkonen #Sepang
;