Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir

Astro Arena
Februari 5, 2025 13:40 MYT
Mbappe dan Bellingham ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama dalam perlawanan LaLiga antara Real Valladolid dan Real Madrid di Estadio Jose Zorrilla, Valladolid, Sepanyol, 25 Jan 2025. - Gambar fail REUTERS
REAL Madrid bakal beraksi tanpa khidmat Kylian Mbappe dan Jude Bellingham menjelang perlawanan suku akhir Copa Del Rey menentang Leganes, esok.
Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti, dengan dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain yang tidak mengikuti aksi itu.
"Bellingham mengalami lebam akibat ketukan dan tidak akan dapat diturunkan. Vinicus Junior telah diberikan satu hari tambahan untuk pulih, tetapi akan bersedia.

pic.twitter.com/5DhANBFRh6

— Real Madrid C.F. (@realmadrid) February 4, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mbappe masih berlatih. Dia mengalami lebam pada betisnya. Dia berlatih seperti biasa,tetapi dia tidak akan dapat beraksi.
"Pemain muda berpeluang untuk menyerlah potensi mereka." katanya.

¡Nuestros convocados! @CDLeganes pic.twitter.com/OitrMrd9Uv

— Real Madrid C.F. (@realmadrid) February 4, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Los Blancos kini mengungguli saingan La Liga dengan 29 mata selepas 22 perlawanan, satu mata dihadapan Atletico Madrid di tempat kedua.
#Real Madrid #Kylian Mbappe #Jude Bellingham #Copa del Rey
;