Copa America: Skuad Brazil terburuk sepanjang zaman

Astro Arena
Julai 8, 2024 17:45 MYT
Persembahan hambar Brazil mendapat maklum balas negatif daripada akhbar Brazil yang rata-rata melabel skuad kali ini adalah terburuk dalam sejarah. - Stadium Astro
MEDIA Brazil tidak menunggu masa yang lama untuk melontarkan kritikan pedas terhadap skuad Samba kendalian Dorival Junior selepas mereka tersingkir daripada kejohanan Copa America 2024.
Brazil tersingkir di suku akhir apabila tumpas kepada Uruguay 4-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan di Stadium Allegiant, Las Vegas pada Ahad.
Turun tanpa khidmat Vinicius Junior yang digantung perlawanan menyaksikan juara sembilan kali kejohanan itu bergelut untuk mencipta peluang, walaupun mempunyai kelebihan pemain pada lewat babak kedua apabila pemain Uruguay, Nahitan Nandez dilayangkan kad merah.
Persembahan hambar Brazil mendapat maklum balas negatif daripada akhbar Brazil yang rata-rata melabel skuad kali ini adalah terburuk dalam sejarah.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Copa America #pasukan Brazil #Tersingkir #kritikan pedas #skuad samba #Dorival Junior
;