Copa America milik Chile

Astro Arena
Julai 5, 2015 08:21 MYT
Kini, kemarau Copa America berterusan buat jaguh Amerika Selatan yang masih mencari kejuaraan besar sejak 1993. - Foto AFP

Menerusi penentuan sepakan penalti, tuan rumah Chile digelar juara Copa America buat kali pertama dalam sejarah mereka setelah menang 0-0 (4-1) di Estadio Nacional, Santiago.

Penalti gaya 'Panenka' oleh Alexis Sanchez membantu La Roja meraih kejuaraan berikutan percubaan hambar daripada Gonzalo Higuain dan Ever Banega buat Argentina yang tidak dapat mempamerkan aksi cemerlang sepangjang perlawanan.
Chile bermula perlawanan dengan rancak menerusi percubaan baik daripada pemain tengah Juventus, Arturo Vidal yang ditepis oleh penjaga gol Claudio Bravo pada minit ke-11.
Kekentalan benteng pertahanan selain disiplin tinggi dipamerkan pemain Chile ternyata apabila berjaya mengekang pergerakan gandingan Lionel Messi dan Sergio Aguero.
Pada babak kedua, Argentina hampir memecahkan kebuntuan pada minit terakhir tetapi hantaran penyerang Ezequiel Lavezzi gagal disempurnakan Gonzalo Higuain.
Sekali lagi, Argentina gagal menjulang trofi pada pentas final. Kini, kemarau Copa America berterusan buat jaguh Amerika Selatan yang masih mencari kejuaraan besar sejak 1993.
#Argentina #bola sepak #Copa America #Di Maria #Lionel Messi
;