Copa America: Lionel Messi bersederhana sambut hari jadi ke-37

Astro Arena
Jun 25, 2024 12:30 MYT
Messi, yang mencecah usia 37 tahun itu semalam dan rakan sepasukannya sedang bersiap untuk meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan Copa America bertemu Chile. - Gambar fail/AP
LIONEL Scaloni bersimpati dengan Lionel Messi selepas ketua pasukan Argentina itu yang akan menghabiskan satu lagi hari kelahirannya jauh dari kampung halaman.
Messi, yang mencecah usia 37 tahun itu semalam dan rakan sepasukannya sedang bersiap untuk meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan Copa America bertemu Chile, sehari kemudian.
Penyandang juara itu yang memulakan kempen mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Kanada meraikan hari jadi kapten mereka dengan itu menghadiahkannya sebiji kek.
Messi menulis di Instagram: "Terima kasih banyak untuk semua ucapan dan tahniah! Setahun lagi, lebih tepat lagi pada hari lahir saya di samping pasukan kebangsaan, jadi meraikan sedikit dan kami terus bersiap untuk perlawanan seterusnya."
Dan Scaloni sedar pasti sukar untuk penyerang Inter Miami itu untuk tidak berpeluang meraikannya bersama keluarganya.
"Saya tahu betapa sukarnya dia berada di luar rumah pada hari lahirnya," kata ketua jurulatih itu kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanannya.
"Kami cuba memastikan dia akan menempuhi masa terbaiknya bersama rakan sepasukannya. Kami sudah terbiasa, dia tahu dia mempunyai seluruh negara di belakangnya.
"Yang penting ialah Messi ada di sini. Dia berlatih seperti biasa dan cergas untuk menentang Chile."
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Lionel Messi #Copa America #sambut harijadi #Argentina
;