Copa America: Aksi cemerlang Martinez sahkan Argentina bertemu Brazil

Astro Arena
Jun 29, 2019 13:47 MYT
Argentina mengesahkan pertemuan separuh akhir bertemu Brazil. - Foto Stadium Astro.
VENEZUELA 0 ARGENTINA 2
Lautaro Martinez dan Giovanni Lo Celso masing-masing menjaringkan satu gol buat Argentina untuk menundukkan Venezuela 2-0 sekali gus mengesahkan pertemuan separuh akhir dengan seteru utama, Brazil.
Jaringan pada minit ke-10 oleh Martinez merupakan gol peribadi keenamnya dalam 10 penampilan dan ia hadir sewaktu skuad kendalian Lionel Scaloni itu mempamerkan permulaan garang.
Mereka tampak hilang punca dalam babak kedua tetapi kebijaksanaan Lo Celso menggunakan kesempatan hasil kesilapan penjaga gol Venezuela, Wuilker Farinez, melengkapkan kemenangan di Maracana, stadium di mana Argentina tewas dalam aksi final Piala Dunia 2014 di tangan Jerman.
Kemenangan itu menyaksikan impian Lionel Messi untuk meraih kejuaraan pertama di pentas antarabangsa kekal menyala sambil seteru utama, Brazil, kini menunggu di halangan seterusnya.
Martinez mempamerkan persefahaman memukau bersama Sergio Aguero di barisan di depan apabila melakukan hantaran satu dua dengan penyerang Manchester City itu tetapi Farinez menafikan usaha tersebut dengan kaki.
Sepakan percuma daripada Messi dan Leandro Paredes sering memberikan masalah buat Venezuela dan selepas German Pezzela gagal membuka tirai jaringan, Martinez melakukannya.
Bintang Inter Milan itu bijak melakukan kuisan tumit setelah percubaan Aguero sebelum itu tidak menerjah jaring dan layangan kad kuning buat kapten, Tomas Rincon, serta rakan sepasukannya, Yangel Herrera, menyaksikan Venezuela kehilangan arah.
Jhon Chancellor memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-40 walaupun anak buah Rafael Dudamel itu memerlukan aksi cemerlang Roberto Rosales untuk menafikan Martinez daripada mengutip jaringan kedua selepas gerakan menarik antara dia, Messi dan Marcos Acuna.
Martinez menggegar tiang gol pada minit ke-48 selepas menerima hantaran Paredes yang memerangkap lawan.
Hantaran Dudamel buat pemain sayap, Yeferson Soteldo, dan bek tengah, Luis Del Pino, memaksa Argentina menyerap tekanan buat kali pertama dalam perlawanan itu.
Franco Armani tenang melayangkan badan untuk menafikan percubaan Ronaldo Hernandez ketika keputusan Scaloni membawa keluar Martinez dan Acuna mengejutkan orang ramai.
Aksi tangkas yang dipamerkan Farinez musnah di penghujung perlawanan selepas dia gagal menangkap kemas rembatan Aguero pada minit ke-74 untuk membolehkan Lo Celso tenang menolak bola masuk.
#Argentina #Brazil #Copa America 2019 #Giovanni Lo Celso #Lautaro Martinez #Lionel Messi #Maracana #Venezuela
;