Conte nafi bertikam lidah dengan Costa

Astro Arena
Januari 15, 2017 12:25 MYT
Conte (dua dari kanan) berkata penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu tidak dapat beraksi selepas terlepas sesi latihan susulan mengalami kecederaan pada Selasa. - Gambar fail
PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte menegaskan ketiadaan Diego Costa dalam kesebelasan utamanya dalam kemenangan 3-0 ke atas Leicester City adalah disebabkan pemain itu mengalami masalah kecederaan.
Timbul laporan pada Jumaat bahawa pemain berusia 28 tahun itu -- yang dikhabarkan menjadi sasaran kelab China, Tianjin Quanjian -- tidak akan beraksi di Stadium King Power.
Conte berkata penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu tidak dapat beraksi selepas terlepas sesi latihan susulan mengalami kecederaan pada Selasa.
"Saya sudah menjelaskan perkara sebenar," jelas bekas pengendali Juventus itu.
"Diego tidak berlatih pada Selasa kerana dia merasai kesakitan jadi dia terlepas keseluruhan latihan minggu lalu, dan atas sebab itu dia tidak beraksi hari ini."
Sementara itu, Conte turut mendakwa dia tidak tahu-menahu berkenaan dengan laporan bahawa pemain itu menjadi sasaran kelab China, Tianjin Quanjin.
#Antonio Conte #berita bola sepak #Chelsea #Diego Costa #EPL
;