Conte akui kad merahnya atas kesilapan sendiri
Astro Arena
Disember 1, 2017 11:51 MYT
Disember 1, 2017 11:51 MYT
PENGURUS Chelsea, Antonio Conte, berdepan dakwaan salah laku oleh badan induk bola sepak Inggeris selepas dibuang padang ketika berdepan Swansea City dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Bekas jurulatih Itali itu diarahkan meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil, Neil Swarbrick, pada minit ke-43 yang berpihak 1-0 kepada penyandang juara itu di Stamford Bridge.
Dia telah diberikan sehingga 5 Disember untuk menjawab pertuduhan itu.
Conte bertindak balas dengan marah terhadap keputusan yang tidak memberikan sepakan sudut kepada pasukannya pada babak pertama lalu menjerit kepada pengadil keempat, Lee Mason, serta Swarbrick.
Selepas perlawanan itu, pengurus berusia 48 tahun itu kemudian memohon maaf mengenai tingkah lakunya sambil menjelaskan dia kecewa dengan apa yang dianggapnya sebagai taktik membuang masa pasukan lawan.
"Pada babak pertama, saya melihat Swansea membuang masa," katanya. "Beberapa kali saya mengulangi perkara ini kepada pengadil keempat.
"Pada masa yang sama, saya tidak melihat sebarang perubahan, saya kecewa dengan keadaan ini. Saya cuba memberitahunya sekali lagi tetapi pengadil mengambil keputusan ini.
"Saya ulangi: Saya minta maaf, ini kerana saya kecewa. Pastinya saya telah melakukan kesilapan, semasa permainan ini menderita, begitu juga anak buah saya. Malang sekali.
"Mereka sentiasa membuang masa, saya agak terbawa-bawa dengannya. Saya sentiasa menekankan dan memetik itu dan ini sehingga menyebabkan pengadil keempat hilang sabar. Namun, saya ulangi: saya yang bersalah, bukan pengadil keempat. Saya minta maaf, saya dilanda kekecewaan," jelasnya.
Jaringan Antonio Rudiger selepas 10 minit babak kedua berlangsung memastikan kemenangan Chelsea dan melonjakkan mereka ke tangga ketiga EPL, 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City.
#Antonio Conte
#bola sepak
#buang padang
#Chelsea
#EPL
#jurulatih
#Liga Perdana Inggeris
#Maaf
#Neil Swarbrick
#pengadil
#Swansea City