Cium pemain: FIFA gantung presiden bola sepak Sepanyol
Astro Arena
Ogos 27, 2023 14:10 MYT
Ogos 27, 2023 14:10 MYT
LUIS Rubiales digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan tingkah laku presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita minggu lalu.
Rubiales enggan meletakkan jawatan di sebalik kekecohan besar yang ditimbulkannya berikutan tindakannya mencium bibir Jenni Hermoso ketika dia mengalungkan pingat buat ketua pasukan itu selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas England di Sydney.
Semalam, Hermoso menegaskan dia tidak bersetuju dengan ciuman itu sementara RFEF mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas komen yang dibuat oleh penyerang itu.
Keadaan mula berubah apabila FIFA membuka prosiding tatatertib ke atas Rubiales Khamis lalu dan dalam satu kenyataan lanjutan hari ini, pegawai berusia 46 tahun itu akan dilarang "daripada menyertai semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa" untuk tempoh awal 90 hari. - Stadium Astro
The FIFA Disciplinary Committee provisionally suspends Luis Rubiales, president of the RFEF https://t.co/9imRUJDR15