City tewaskan Leicester 2-0, kekal pendahulu liga
Astro Awani
April 3, 2021 06:29 MYT
April 3, 2021 06:29 MYT
MANCHESTER City kekal kedudukan selaku pendahulu liga.
Ini selepas kelab itu menang 2-0 ke atas Leicester City.
Aksi berlangsung di Stadium King Power.
Tiada sebarang gol berjaya dihasilkan pada babak pertama.
Memasuki babak kedua, pelawat mula garang meledak jaringan.
Gol pertama City dijaringkan Benjamin Mendy pada minit ke-59.
Ini disusuli satu lagi gol oleh Gabriel Jesus pada minit ke-74.
Kemenangan ini meletakkan City di tangga teratas dengan kelebihan 17 mata.
Sementara Leicester masih kekal di tangga ketiga.