Chromecast Gen 2 dan Audio kembali berfungsi selepas kemas kini diberikan Google

Amanz
Mac 17, 2025 13:50 MYT
Pengguna Chromecast Gen 2 dan Chromecast Audio melaporkan isu peranti berhenti beroperasi tepat 10 tahun selepas dilancarkan. -Amanz
MINGGU lalu, pengguna Chromecast Gen 2 dan Chromecast Audio melaporkan isu dongel pintar mereka berhenti beroperasi tepat 10 tahun selepas produk dilancarkan.

Ringkasan AI
  • Pengguna Chromecast Gen 2 dan Chromecast Audio melaporkan isu peranti berhenti beroperasi tepat 10 tahun selepas dilancarkan.
  • Google memberikan kemas kini sistem operasi untuk menyelesaikan isu ini, yang memerlukan pengguna menanggalkan dan memasang semula kabel kuasa.
  • Masalah hanya diselesaikan untuk pengguna yang tidak melakukan tetapan semula dongel; Google masih belum memberikan kemas kini untuk pengguna yang telah melakukan tetapan semula.

Ramai risau Google telah menghentikan sokongan untuk kedua-dua dongel yang sudah berusia ini sama seperti dilakukan kepada Chromecast Gen 1 pada tahun 2023.
Hujung minggu lalu Google memberikan kemas kini sistem operasi untuk kedua-dua dongel bagi menyelesaikan isu ini.
Pemilik hanya perlu menanggalkan kabel kuasa pada Chromecast dan kemudian memasangnya semula. Sejurus selepas peranti diaktifkan semula, skrin memuat turun kemas kini firmware terkini akan terpapar pada skrin.
Masalah hanya diselesaikan untuk pengguna yang tidak melakukan tetapan semula dongel tempoh hari.
Jika anda melakukan tetapan semula, Google masih belum memberikan kemas kini untuk membolehkan peranti kembali berfungsi ketika artikel ini ditulis. -Amanz
#Google #Chromecast Gen 2 #Chromecast Audio #kemas kini sistem operasi
;