Christian Pulisic masuk Chelsea
Kohilah Sekaran
Januari 2, 2019 19:31 MYT
Januari 2, 2019 19:31 MYT
CHELSEA secara rasmi menandatangani pemain bola sepak, Christian Pulisic dari Borussia Dortmund, pada Rabu.
Perancang dari Amerika Syarikat itu bagaimanapun akan menghabiskan baki musim ini secara pinjaman di kelab Bundesliga itu.
Menurut portal antarabangsa, Kelab Liga Perdana Inggeris itu dikatakan membayar 64 juta Euro (RM303 juta) untuk pemain 20 tahun itu.
"Ia memang satu impian untuk ditandatangani bagi kelab legenda itu dan saya berharap dapat bekerja keras untuk menjadi penyumbang kepada pasukan yang mengandungi pemain kelas dunia," kata Pulisic dalam satu kenyataan.
“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Maurizio Sarri dan pasukan teknikalnya."
Pulisic telah membuat 115 penampilan dalam semua pertandingan untuk Dortmund, menjaringkan 15 gol dan 24 assists sejak membuat penampilan sulungnya pada tahun 2016.
Sementara itu, rata-rata peminat bola sepak terumatanya peminat kelab Chelsea mula membanjiri media sosial dengan ucapan 'welcome'.