Christian Eriksen kembali bermain pada hari jadi ke-30
Astro Arena
Februari 15, 2022 09:21 MYT
Februari 15, 2022 09:21 MYT
CHRISTIAN Eriksen kembali beraksi sebagai bermain bola sepak malam tadi -- buat kali pertama sejak mengalami serangan jantung dalam Euro 2020 pertengahan tahun lalu.
Brentford menandatangani Eriksen pada Januari lalu dengan satu kesepakatan sehingga penghujung musim ini selepas dilepaskan Inter Milan pada Disember lalu.
Pemain tengah itu tidak dapat beraksi secara profesional di Itali selepas terpaksa menggunakan alat implantable cardioverter-defibrillator (ICD) di jantungnya
Pemain kebangsaan Denmark itu tidak pernah beraksi sejak insiden itu, di mana ia berlaku ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Finland pada 12 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke-30 semalam, Eriksen beraksi selama 60 minit buat Brentford dalam satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United.
Brentford menewaskan lawan daripada Liga Kebangsaan itu 3-2 dengan bekas perancang Tottenham itu turut menyumbangkan satu bantuan gol yang disempurnakan Josh Dasilva, yang menjaringkan hatrik dalam aksi pertamanya itu selepas pulih daripada kecederaan.
Laman web rasmi kelab itu melaporkan "Eriksen kelihatan sibuk di bahagian tengah" dan "hampir menjaringkan gol pada awal permainan tetapi dinafikan benteng lawan".