Chopra mendahului Golf Terbuka Iskandar Johor

Astro Awani
Disember 16, 2012 10:47 MYT
Bekas juara Jelajah PGA Daniel Chopra tampil dengan aksi mantap apabila mencatat 66 pukulan 6 bawah par untuk muncul pendahulu tamat pusingan kedua di Golf Terbuka Iskandar Johor semalam.
Hujan pada hari pertama dan kedua saingan diteruskan pada Sabtu buat peserta menghabiskan aksi pusingan kedua.
Ernie Els antara yang berharap dapat menamatkan saingan. Namun dia yang bermula cemerlang sekadar melakar 72 pukulan 3 bawah par untuk berada di kedudukan ke-36.
Sementara itu, juara 14 kali Jelajah Asia Thaworn Wiratchant dari Thailand berkongsi kedudukan ke-25 selepas mencatat 69 pukulan 3 bawah par.
Berkelebihan dua pukulan ke atas Wiratchant, pemain Australia Marcus Fraser dengan 68 pukulan 4 bawah par di tempat ke-13.
Sergio Garcia dari Sepanyol yang mendahului saingan sebelum itu kini ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu.
Manakala, empat pemain berkongsi tempat ketiga termasuk pemain veteran Filipina Antony Lascuna. Chopra mengharungi pusingan kedua dengan cemerlang.
Membenam birdie di lubang ke-17, jaguh Sweden itu berkelebihan satu pukulan ke atas seorang lagi pemain Thailand Nirat Chapchai.
#Daniel Chopra #golf #jelajah Asia #PGA #Terbuka Iskandar Johor
;