Chong Wei tumpas kepada Lin Dan di aksi final Terbuka Malaysia
Astro Awani
April 9, 2017 16:40 MYT
April 9, 2017 16:40 MYT
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini tumpas kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak.
Lin Dan menang pada set pertama dengan mata 21-19, dalam acara badminton perseorangan lelaki tersebut.
Beliau seterusnya mencatat kemenangan pada set kedua dengan mata 21-14, sekaligus merangkul kejuaraan sulungnya di Terbuka Malaysia.