Chong Wei tidak ambil mudah
Astro Awani
Januari 20, 2013 10:58 MYT
Januari 20, 2013 10:58 MYT
Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan kejuaraan kesembilan menjelang aksi final badminton Siri Super Terbuka Malaysia hari ini.
Sebaliknya beliau lebih fokus kepada peningkatan lawan yang bakal dihadapinya, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia.
Jelas Chong Wei, Sony mempamerkan banyak peningkatan sejak pulih dari kecederaan baru-baru ini.
Andai mampu mengekalkan rentak, Chong Wei bakal memperoleh gelaran keduanya tahun ini selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lalu.
Chong Wei mara ke final selepas menewaskan pemain denmark, Jan O Jorgensen dalam pertarungan tiga set.
Sementara itu, Jorgensen berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya dalam saingan Terbuka Malaysia kali ini.
Kekalahan kepada Chong Wei adalah yang kelima buat Jorgensen dalam enam pertemuan.
Pencapaian terbaiknya adalah memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Eropah pada 2010.