Chong Wei terkandas di suku akhir
Astro Arena
Julai 17, 2015 22:00 MYT
Julai 17, 2015 22:00 MYT
Hasrat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran ketiga selepas bebas daripada penggantungan pada Mei lepas, tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long pada suku akhir Terbuka Taiwan hari ini.
Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari China itu dalam pertarungan selama satu jam 17 minit di Taipei Arena, sebelum tewas 21-17, 20-22 dan 13-21.
Pemain berasal dari Bukit Mertajam itu sebelum ini, menjuarai Terbuka Kanada dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini, dalam misi memperbaiki ranking dunianya.
Chong Wei juga berhasrat mahu mengumpul sebanyak mungkin mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
Chong Wei yang kini menduduki ranking ke-65 dunia, digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping sewaktu Kejohanan Dunia di Copenhagen tahun lepas.