Chong Wei selangkah lagi untuk gelaran keempat Siri Super Masters Akhir
Bernama
Disember 14, 2013 18:37 MYT
Disember 14, 2013 18:37 MYT
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keempat Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 apabila layak ke final.
Chong Wei, 31, menempah slot akhir selepas mengalahkan pemain Denmark Jan O Jorgensen 21-14, 21-16 pada separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini, Sabtu.
Jaguh negara itu, yang menang kejuaraan pada edisi 2008, 2009 dan 2010 itu, akan berjumpa dengan pemenang satu lagi saingan separuh akhir antara pemain Indonesia Tommy Sugiarto dan pemain pilihan kedua, Kenichi Tago dari Jepun, malam ini.
"Saya meningkatkan tumpuan pada perlawanan ini bagi memastikan ada wakil negara pada final esok...corak permainan pun lebih agresif.
"Saya perlu berhat-hati kerana tidak mahu hilang tumpuan ketika mendahului perlawanan atau pada saat hendak memenangi perlawanan," kata Chong Wei selepas perlawanan itu.