Chong Wei mara, Zulfadli ucap selamat tinggal
Astro Arena
Ogos 13, 2015 01:08 MYT
Ogos 13, 2015 01:08 MYT
Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila menewaskan lawannya dari China, Wang Zhengming dengan straight set 21-17,21-19 di Kejohanan Dunia, Jakarta.
Chong Wei yang mengambil masa 48 minit untuk mengecewakan Zhengming, melalui saat sukar di awal permainan set pertama, namun dia bangkit untuk meninggalkan pemain nombor lapan dunia itu sekaligus menamatkan perlawanan 21-7.
Di set kedua, kedua-dua pemain saling mengejar mata, bagaimanapun ketangkasan dan ketenangan Chong Wei memberi kelebihan kepada pemain berpengalaman itu untuk menamatkan perlawanan dengan 21-19.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan negara Zulfadli Zulkiffli terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Dunia Jakarta selepas kalah di tangan pemain HOng Kong Wei Nan 21-15 21-9.
Wei Nan tidak mengambil masa lama (28 minit) untuk menewaskan Zulfadli. Di set pertama Zulfadli sedikit menunjukkan saingan sebelum tewas 21-15, namun di set kedua dia dilihat tidak terdaya untuk menyaingi lawannya itu apabila tumpas 21-9.