Chong Wei mara ke final Terbuka Jepun

Astro Arena
September 24, 2016 13:46 MYT
Chong Wei bakal bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark atau wakil Korea Selatan, Son Wan Ho dalam perlawanan akhir. - Gambar fail
Perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, menepati ramalan untuk mara ke final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun dengan menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler, 21-14, 21-15.
Chong Wei mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yuqi, 21-12, 21-12.
Pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan sebarang masalah pada awal permainan, dengan hanya memerlukan 20 minit untuk menang set pertama 21-14.
Bersambung dalam set kedua, Zwiebler mempamerkan aksi yang lebih agresif, namun kekerapannya melakukan 'unforced error' memberikan kemenangan kepada Chong Wei 21-15.
Chong Wei akan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark atau wakil Korea Selatan, Son Wan Ho, dalam final.
#badminton #Lee Chong Wei #Terbuka Jepun
;