Chong Wei mahu rampas gelaran All England
Astro Arena
Februari 22, 2016 22:09 MYT
Februari 22, 2016 22:09 MYT
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei anggap undian mudah Kejohanan Seluruh England, bermula 8 Mac depan sebagai langkah pertama untuk merampas semula gelaran yang dimenangi pada 2014.
Penampilan semula Chong Wei di Kejohanan Seluruh England pasti mencuri tumpuan selepas tidak beraksi tahun lalu ekoran penggantungan kes doping.
Juara tiga kali itu dilihat berada di prestasi terbaik untuk merampas semula gelaran sambil dibantu keputusan undian.
Chong Wei berjaya mengelak jaguh China, Cheng Long dan Lin Dan di pusingan awal.
Berdasarkan rekod, pemain kebanggaan negara itu telah menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 2010, 2011 dan 2014.
Sementara itu, rakan sepelatih, Chong Wei Feng pula merendah diri selepas diundi berdepan pemain India, B. Sai Praneeth pada perlawanan pertama pusingan kelayakan.