Chong Wei hampiri gelaran Terbuka AS
Astro Arena
Jun 20, 2015 14:58 MYT
Jun 20, 2015 14:58 MYT
Datuk Lee Chong Wei selangkah lebih hampir untuk mencapai gelaran Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan pemain England Rajiv Ouseph 21-9, 21-14.
Lee Chong Wei beraksi baik dalam perlawanan separuh akhir dan hanya memerlukan 32 minit untuk menewaskan bekas juara tahun 2010 daripada England itu.
Chong Wei yang membuat penampilan pertama di Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat bakal merebut wang hadiah bernilai USD120,000 (RM448,716).
Bekas pemain nombor satu dunia itu bakal berdepan pemain dari India B. Sai Praneeth bagi merebut gelaran Terbuka Amerika Syarikat dan akan menjadi pemain ke-4 dari Malaysia untuk memenangi kejohanan tersebut.