Chong Wei gagal bantu Hyderabad Hunters menang dalam aksi IPL

Astro Arena
Januari 11, 2016 08:24 MYT
Selepas tewas dalam dua aksi berturut-turut sebelum ini, Chong Wei sedar dia perlu menang untuk membuktikan kredibilitinya.
DATUK Lee Chong Wei akhirnya meraih kemenangan di Liga Perdana India, namun tetap gagal membantu Hyderabad Hunters menang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Gachibowli, Hyderabad pada Ahad.
Selepas tewas dalam dua aksi berturut-turut sebelum ini, Chong Wei sedar dia perlu menang untuk membuktikan kredibilitinya.
Hyderabad Hunters yang ketinggalan 0-4 perlu menang untuk sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan mata.
Bagaimanapun Tanongsak Saensomboonsuk berjaya memberikan tekanan kepada Chong Wei dengan pukulan pantas ke kiri dan kanan gelanggang.
Namun ia belum cukup untuk menafikan Chong Wei untuk bekas pemain nombor satu dunia itu menang set pertama 15-8.
Aksi pada set kedua hampir sama, dengan pemain thailand ini mengasak awal untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Namun pengalaman dan ketenangan dimiliki Chong Wei jadi senjata utamanya untuk dia menang dengan keputusan 15-9 untuk mengutip 2 mata.
Sebelum Markis Kido dan Jwalla Gutta menyumbang 1 mata lagi selepas benam Bodin Issara/Christinna Pedersen.
Kemenangan ini bagaimanapun belum cukup untuk menjamin kemenangan Hyderabad Hunters yang tewas tipis 3-4.
#badminton #Hyderabad Hunters #IPL #LCW #Lee Chong Wei #Tanongsak Saensomboonsuk
;