Chong Wei di laluan selesa rangkul terbuka Indonesia
Bernama
Jun 3, 2016 13:19 MYT
Jun 3, 2016 13:19 MYT
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berada di laluan selesa untuk merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia buat kali keenam apabila mara ke suku akhir kejohanan berkenaan.
Peluang pemain nombor dua dunia itu mara ke final dan merampas kedudukan selaku pemain nombor satu dunia sebelum Sukan Olimpik 2016 bermula semakin cerah, selepas musuh tradisinya, Lin Dan tewas di pusingan kedua, pada Khamis.
Kekalahan mudah Lin Dan kepada pemain tuan rumah, Jonatan Christie 12-21, 12-21 serta penarikan diri pemain nombor satu dunia, Chen Long daripada saingan itu memberi peluang keemasan kepada Chong Wei untuk memenangi kejohanan berkenaan kali ini.
#Datuk Lee Chong Wei berada di laluan selesa untuk merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia buat kali keenam apabila mara ke suku akhir kejohanan
#jaguh perseorangan negara
#Sukan Olimpik 2016