Chong Wei dalam misi pertahan gelaran Terbuka India Yonex-Sunrise

Bernama
April 1, 2014 06:04 MYT
Lee Chong Wei - Gambar Fail
Kira-kira 400 pemain dari 12 negara akan berentap dalam kejohanan badminton Terbuka India Super Series Yonex Sunrise-BWF Metlife di Kompleks Sukan Siri Fort di sini bermula Selasa.
Pemain terkemuka Malaysia Datuk Lee Chong Wei akan mempertahankan gelaran perseorangan lelaki.
Beliau mengalahkan Kenichi Tago dari Jepun 21-15, 18-21, 21-17 dalam tiga set penuh mendebarkan pada perlawanan akhir tahun lepas.
Super Series bermula hari ini dengan pusingan kelayakan disusuli dengan undian utama pada Rabu dan perlawanan akhir pada Ahad.
Malaysia turut meletakkan harapan terhadap beregu lelaki Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong.
Hadiah wang tunai bagi kejohanan tahun ini meningkat kepada US$250,000 (US$1 = RM3.25) berbanding US$200,000 tahun lepas. -- Bernama
#badminton #Hoon Thien How #Lee Chong Wei #Super Series #Tan Wee Kiong